The New DOVE Hair Theraphy Hair Fall* Rescue With Trichazole Actives

dhNama DOVE dah memang sinonim dengan kita semua, well at least untuk saya. Walaupun dah berpuluh tahun, DOVE muncul dengan product terbaik untuk rambut, namun baru 2 bulan ianya menjadi sebahagian kehidupan saya. Kalau sebut sahaja DOVE, pasti terbayang syampu kan? Betul tak? Begitu sinonim sekali DOVE dan rambut.

Dove Hair Fall Rescue With Trichazole Active merupakan rangkaian penjagaan rambut yang dilengkapi dengan Trichazole yang membantu menguatkan rambut dari akar sehingga kehujungnya, membantu memiliki rambut yang kuat, cantik dan sihat.

Memiliki rambut yang cantik, sihat dan tidak gugur dengan kuantiti yg banyak adalah impian semua orang, termasuk saya. Setelah 25 tahun (oppss, belum cukup bulannya lagi), Lavender sering tercari – cari product rambut yang sesuai. Sudah banyak product penjagaan rambut dari jenama antarabangsa dan tempatan yang dijual dipasaran.

Namun semuanya menghampakan Lavender. Masalah rambut gugur merupakan masalah utama bagi saya. Setiap kali bangun dari tidur, mesti ada berpuluh – puluh helaian rambut “comfirm” ada diatas cadar. Memang menyeksakan batin. Tambahan pula, selepas membuka hijab (setelah seharian memakai hijab), sekali lagi perasaan sedih dan marah bercampur baur kerana berpuluh – puluh helaian rambut gugur dibahu.

Saat bersantai dengan Ummul (panggilan manja untuk mummy) di petang itu, mengubah segalanya. Sedang mengunyah tauhu sumbat yang Ummul buat petang itu, sambil mengadu yang dah tak tahan dengan masalah rambut gugur ni. Mata saya tertumpu pada iklan DOVE

Saat itu juga terus Lavender merengek kepada Ummul agar membawa Lavender ke WATSON di bandar berhampiran. Tak tahan melihat rengekan manja Lavender ditambah pula perasaan kesian sebab masalah keguguran rambut puteri bongsunya, Ummul bersetuju membawa Lavender shopping DOVE!

Apabila tolak sahaja pintu WATSON, senyuman manis “salesgirl” menarik minat Lavender. Tanpa membuang masa, terus sahaja pergi ke bahagian penjagaan rambut. “Salesgirl” terus bertanyakan, ” Cik mencari product apa?“. Lantas, terus Lavender memberikan beliau senarai set penjagaan DOVE.

Masa nak membayar di kaunter, si gadis manis WATSON terus mempromosikan kad Ahli WATSON. Oh Ya, Kad Ahli WATSON dibeli / didaftar.

Wah, banyaknya RM 120.20

Akhirnya RM 120.20, dilaburkan untuk set rangkaian penjagaan yang bakal mengubah segalanya. Rangkaian Dove Hair Theraphy ini termasuk

  1. Hair Fall* Rescue Treatment Mask
  2. Hair Fall* Rescue Shampoo With Trichazole Active
  3. Hair Fall* Rescue Conditioner With Trichazole Active
  4. Hair Fall* Rescue Daily Treatment Conditioner With Trichazole Active
  5. Hair Fall* Rescue Serum With Micro Moisture Serum

 

Rangkain Set Lengkap saya

Rangkain Set Lengkap saya

Alhamdulillah, setelah 2 bulan menggunakan set lengkap ini, masalah rambut gugur sudah 98% diatasi. Suka sangat – sangat, sampai senyuman bibir sampai ke telinga tau. Ummul pun dah x bising – bising lagi sebab bila Ummul mengemas bilik tidur dan bilik mandi, sebabnya kuantiti rambut gugur sudah berkurangan. Rambut pun semakin tumbuh dengan banyak, bersinar, cantik dan wangi.

Akhirnya penantian 25 tahun berbaloi, dengan penemuan NEW DOVE HAIR THERAPY HAIR FALL* RESCUE.

Meh, saya kongsikan cara penggunaan yang saya amalkan selama 2 bulan ini. Dalam 1 Minggu, setiap hari DOVE menutupi rambutku.

Setiap pagi, seawal jam 5 pagi memang masanya untuk mandi pagi dan bersyampu. Caranya :

1. Syampu

  • Picit syampu sebesar duit syiling 50 sen lama ke atas tapak tangan
  • Sapukan diseluruh kepala dan rambut, sehingga ke hujung rambut
  • Biarkan dalam 2 minit
  • Gosok kepala dan rambut agar syampu rata dan menyerap ke akar dalam 5 minit
  • Cuci rambut sehingga bersih (hilang buih dan rasa syampu)

DVV

2. Hair Fall* Rescue Conditioner

  • Picit Conditioner sebesar duit syiling 50 sen lama ke atas tapak tangan
  • Sapukan di seluruh kepala dan rambut , sehingga ke hujung rambut
  • Ratakan dengan mengosok agar ianya menyerap ke dalam struktur rambut
  • Biarkan selama 3 minit dengan memakai topi mandian (shower cap)
  • Selepas 3 minit, cuci rambut sehingga bersih

LM13.  Hair Fall* Rescue Daily Treatment Conditioner

  •    Picit Conditioner sebesar duit syiling 50 sen lama ke atas tapak tangan
  •    Sapukan di seluruh kepala dan rambut , sehingga ke hujung rambut
  •    Ratakan dengan mengosok agar ianya menyerap ke dalam struktur rambut
  •    Biarkan selama 3 minit dengan memakai topi mandian (shower cap) sekali lagi
  •    Selepas 3 minit, cuci rambut sehingga bersih

seru

4.  Hair Fall* Rescue Serum (dipakai selepas rambut dikeringkan)

  • Titiskan serum dalam 3 titik ke atas rambut yang sudah dikeringkan
  •  Sapu ke seluruh kepalada dan rambut, sehingga ke hujung rambut
  • Ratakan dan ulangi langkah  menggunakan serum

mask

Manakala Hair Fall* Rescue Treatment Mask, Lavender guna semasa mandian waktu petang/malam. Walaupun sebenarnya disyorkan memakaisekali seminggu. Ini kerana bagi Lavender, pemakaian mask di waktu mandian terakhir sebelum tidur, membantu membaiki struktur rambut disaat kita tidur, badan rehat dari segala aktiviti. Caranya agak sama , iaitu :

  •    Ambil Mask  ke atas tapak tangan
  •    Sapukan di seluruh kepala dan rambut , sehingga ke hujung rambut (tapi awas, jangan terkena kulit kepala tau!)
  •    Ratakan dengan mengosok agar ianya menyerap ke dalam struktur rambut (jangan bagi terkena kulit kepala)
  •    Biarkan selama 5 minit dengan memakai topi mandian (shower cap)
  •    Selepas 5 minit, cuci rambut sehingga bersih

Sebelum tidur, sekali lagi guna Hair Fall* Rescue Serum. Dan Alhamdulillah, setelah 2 bulan, memang amat berpuas hati. Lepas ini dah tak cari set rangkaian penjagaan rambut yang lain dah. Selain masalah keguguran rambut dapat diatasi, rambut kian menarik, cantik dan bersinar serta KUAT dari akar. Set lengkap Hair Fall* Rescue ini bagaikan “fairy godmother” bagi Lavender. Kini dah boleh ucapkan “Selamat Tinggal Rambut Gugur”

Terima kasih Allah kerana menemukan saya dengan  set rangkaian product DOVE. Ingin tahu lebih lanjut mengenai product penjagaan rambut DOVE (mengikut masalah rambut yang anda hadapi), bertanya sahaja dan berkongsi cerita di Facebook Dove iaitu https://www.facebook.com/DoveMalaysia

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s