Penoreh Getah Parah Di Serang Beruang Di Marang

NGERI, PENOREH GETAH PARAH DISERANG BERUANG Marang, Kuala Terengganu

bruang

Biarlah pokok getah itu kering sekalipun, saya tidak akan menoreh selagi beruang itu tidak ditangkap,” kata Mamat Othman, 63, suami kepada Asmani Yahya, 60, yang parah selepas isterinya itu diserang beruang di kebun getah Alor Ketitir, Marang, Terengganu pada 30 Mac 2014 yang lalu.

bruang2

Ketika ditemui di Wad Ortopedik Wanita (4CD), di Tingkat 4, Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Mamat berkata, dia bersyukur kerana pendarahan berterusan di leher dan kepala isterinya akibat serang beruang itu berjaya dihentikan doktor dengan mengenakan lebih 30 jahitan pada bahagian terkoyak itu.

Pernah sekali alat penyembur racun saya hancur dan terdapat beberapa kesan cakar dan taring ketika saya dan isteri baru menanam anak pokok getah di ladang ini sembilan tahun lalu. Waktu tu saya tidak tahu haiwan apa yang menyebabkan alat penyembur racun saya musnah macam tu“. Namun akhirnya, persoalan yang bermain di fikiran sejak sembilan tahun itu terjawab selepas beruang itu menyerang isteri.

bruang1

Bayangkan jika saya tiada ketika kejadian itu, tidak tahulah apa nasib isteri saya. Mungkin dia dimakan beruang itu,” katanya yang menerima kunjungan daripada pegawai Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Terengganu.

Menurut Asmani, dia diterkam seekor beruang dari belakang sebelum di mengheret mangsa ke hutan berhampiran. Beruang tersebut mengigit bahagian kepala dan leher mangsa. “Beruang tu gigit leher dan kepala saya. Kemudian ngap -ngap (memamah) telinga saya. Saya mengucap dan sebut Allah… Allah… Selepas itu, beruang itu lari kehutan“. Bagaimanapun saat nyawanya di hujung tanduk suaminya yang kebetulan berada tidak jauh dari situ bergegas menyelamatkannya dengan menggunakan sabit dan sebatang kayu. Beruang yang agresif dan cuba mengheret Asmani itu segera melepaskan mangsanya, sebelum lari ke dalam hutan berhampiran manakala Asmani yang parah di bahagian leher dan kepala dibawa ke HSNZ dengan bantuan penduduk.

bruang3Sementara itu, Pengarah PERHILITAN Negeri Terengganu, Encik Yusoff Syariff berkata pihaknya sudah berjumpa dengan mangsa di HSNZ dan beberapa anggota lain sudah memasang perangkap beruang di kawasan ladang getah berkenaan. “Kes serangan beruang amat jarang berlaku dan kami masih mengkaji punca haiwan itu menyerang Asmani di ladang getah itu. Saya yakin beruang itu bersendirian dan masih merayau-rayau di kawasan hutan di kampung berkenaan. Beberapa anggota kami sudah memantau kawasan hutan itu dan jika tiada halangan, haiwan itu akan masuk perangkap dalam masa seminggu hingga dua minggu ini“.

Bagi pihak Lavender, kami sekeluarga mendoakan agar Pn. Asmani cepat sembuh dan trauma yang dialami ole beliau, suami, keluarga dan penduduk di Kg. Alor Ketitir berkurangan dan hilang demi sesuap rezeki. Pihak Lavender juga mengharapkan agar beruang tersebut masuk perangkap yang dipasang oleh Pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Terengganu.

Bersamalah kita berdoa dan mengucapkan ” (إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ) Inalillahi Wainailaihi Rojiun. Semoga Allah SWT permudahkan segala urusan keluarga Asmani

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s