Dia bukan Idola Tetapi Inspirasiku

Image

Assalamualaikum & Salam 1 Blogger,

Tajuk diatas agak “suspen”…. Sememangnya, betul Dia memang bukan idola Lavender. Tetap dia adalah manusia yang merupakan inspirasi dunia maya (Blog). Mula mengenali dia sejak sahabat kerja mengajak Lavender ke Malam Anugerah MSMW 2013. Nak menyapa dan bertegur, segan pula

Kenapa Lavender tidak memanggil “beliau” sebagai IDOLA? Bukankah, bila seseorang itu diminati dari segi bakat, kita akan memanggil atau melabelkan beliau sebagai “IDOLA”?

Mungkin rakan blogger pernah mendengar perkataan IDOL tetapi kita sendiri termasuk Lavender tidak terlalu mengambil tahu makna sebenar perkataan itu. Mungkin juga kita anggap perkataan itu sama maknanya dengan perkataan IDOLA dalam bahasa Melayu, lantaran bunyi sebutannya yang hampir sama. Tahukah rakan blogger bahawa tanggapan anda ini SALAH sama sekali!.

Mengikut takrifan kamus Oxford (Edisi ketiga 2001), IDOL dalam bahasa Inggeris membawa maksud patung; berhala; pujaan; orang atau benda yang terlampau disanjung. Dalam konteks pengunaan, perkataan ini lebih sesuai menjurus kepada pemujaan benda, patung atau berhala. Hal ini dapat dilihat dengan jelas melalui beberapa terbitan perkataan lain seperti berikut :

1. IDOLATRY = Penyembahan berhala
2. IDOLATER = Penyembah berhala, musyrikin
3. IDOLATROUS = (Bersifat) menyembah atau memuja
4. IDOLIZE = (Terlampau) menyanjung.
5. IDOLIZATION = Pemujaan; pendewaan.

Daripada terbitan perkataan-perkataan ini, jelaslah kepada kita bahawa pengunaan perkataan IDOL hanya sesuai digunakan untuk mengambarkan sifat terlalu ta’sub, menyembah, memuja dan terlalu menyanjung sesuatu yang bukan bersifat benda hidup atau dalam makna lain menyembah berhala / patung.

 

Sebab itu Lavender tidak melabel beliau sebagai IDOLA, tetapi sebagai Sumber Inspirasi. Siapakah dia? Hebat ke dia? Apa istimewanya dia dimata Lavender? Kenapa & atas sebab apa, dia dilabel sumber inspirasi Lavender?

 

“Drum Please…..”……

 

Image

Beliau adalah Pn Nor Akmal Binti Omar atau lebih dikenali sebagai Akma Omar. Tapi Lavender senang sahaja memanggil beliau dengan panggil dia Sis Akma. Cantikkan, inspirasi Lavender? Sis Akma telah mula menceburi dunia blog sejak tahun  2008 dengan dunia Blogspot ( http://www.akmaomar.blogspot.com ) –> WordPress –> domain  ( http://www.akmaomar.com )

 

Lavender mula mengenali beliau dengan “add” beliau di FB beliau iaitu https://www.facebook.com/akma.omar .  Sis Akma Omar begitu bersahaja dan amat ramah dengan Lavender walaupun agak baru kami bersahabat di FB. Yang mengejutkan Lavender, setiap pertanyaan mengenai dunia blogger dijawab dengan teliti dan padat. Tidak seperti kebanyakkan blogger “otai” yang lain, yang begitu kedekut ilmu. Sampaikan bila tahu Lavender adalah blogger baru (junior), terus sound jangan nak curi ilmu di blog beliau. Sis Akma sedikit pun tak lokek ilmu.

 

Kali pertama kami “chat” di FB, beliau banyak memberikan sokongan dan dorongan untuk maju dalam dunia blog. Memang tak salah bagi Lavender untuk berterima kasih dengan Sis Akma. Sebab itu, Lavender buat entry ini. Maaf ya sis, sebab entry ini tak segah mana. Tapi inilah cara untuk Lavender berkongsi ucapan ribuan terima kasih diatas segalanya.

 

Bagi Lavender, semua blogger yang berpengalaman dan telah lama berkecimpung dalam dunia blogger mencontohi sikap Sis Akma. Jangan lokek ilmu dengan kami yang baru sahaja berjinak jinak dengan dunia blogger. Bukan semua blogger baru mempunyai kocek yang tebal untuk kami membayar yuran beratus ringgit bagi mengaut ilmu. Kami yang blogger baru akan bertanya disisi percuma dahulu dengan mengenali dan bertanya secara langsung dengan blogger menerusi FB atau Blog. Sesudah selesa, kami akan melangkah dengan bayaran demi sesuap ilmu. Pada blogger yang mengadakan kelas blogger, jangan marah ya. Ini cuma pendapat peribadi Lavender. Insya Allah, suatu hari nanti Lavender akan cuba menyertai kelas / kursus/ seminar untuk memantapkan ilmu blogger dalam diri Lavender.

Berbalik kepada Sis Akma, terima kasih ya atas ilmu yang dikongsi melalui jawapan atas semua soalan Lavender ya. Insya Allah, semakin banyak ilmu yang sis kongsi, semakin banyak pahala yang sis dapat. Wah, semakin berkobar – kobar semangat untuk berblog ni! Tips mengenali dunia Blogger, mengenali erti SEO, mengenali erti memperluaskan jajahan media sosial dan selalu menyertai penyertaan berkaitan blog.

Dalam http://www.akmaomar.com/category/blogging , banyak ilmu yang berguna akan Lavender perolehi. Ok, Lavender nak keluar dahulu. Nak terokai ilmu di blog Sis Akma….. Diharapkan Sis Akma akan berkongsi banyak lagi tips dan nasihat berkaitan blog kepada Lavender nanti dan untuk selamanya.

Image.

Selamat Beramal dengan ilmu dan Selamat Mengaut Keuntungan Ilmu dari Blogger untuk Blogger. Untuk Sis Akma, Lavender Luv U as My Favourite Blogger

 

Advertisements

2 thoughts on “Dia bukan Idola Tetapi Inspirasiku

  1. Assalamualaikum mummy… Bole ek ika panggil mummy… Ika pon sbnrnya mmpunyai impian dan keinginan spt mummy dlm dunia blog. Seboleh boleh nya ika nak mncari sesuatu utk tambahan ilmu dan mencari identiti ika sendiri dlm blog ni. In shaa allah, kita sama2 terokai dunia maya dan ilmu yg tiada batasan ini… Jemput dtg rumah 🙂

    • Waalaikummusalam,

      Panggil je Lavender… Nama blog ini sempena warna kegemaran mummy iaitu lavender. Maka jadilah Lavender Mummy. Insya Allah akan berkunjung, terima kasih kerana berkunjung ya dan bagi komen.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s