“Mini Giveaway : Mengimbau Fairytales”

Assalamualaikum Dan Salam 1 Blogger.

Ini kali pertama Lavender menyertai Giveaway yang dijalankan oleh semua rakan blogger. Tidak kira giveaway itu Gempak atau MINI, tapi ini adalah sebagai tanda memulakan persahabatan di dunia maya. Giveaway yang pertama Lavender sertai adalah Mini Giveaway : Mengimbau Fairytales yang diadakan oleh Puan Moon.

Pastinya, semua pertandingan atau “giveaway” akan meletakkan syarat – syarat bagi melayakkan seorang peserta menjayakan pertandingan atau “giveaway”. Begitu juga dengan Mini Giveaway yang Pn. Moon Izzan di blog beliau http://www.munirahizzan.com. Antara syarat yang ditetapkan adalah :

Syarat-syarat wajib penyertaan ;

  1. Buat entry bertajuk “Mini Giveaway : Mengimbau Fairytales”.
  2. Letak banner kat atas tu dan link kan ke entry ini.
  3. Follow blog me. www.munirahizzan.com
  4. Like page My Beauty Herbs
  5. Like page Jari Bulan Shop
  6. Kemudian like pic INI
  7. Klik SINI
  8. Komen salah satu entry yang ada dalam list Koleksi Lagenda Fairytales
  9. Then tinggalkan link kat entry ini sahaja  ( http://www.munirahizzan.com/2014/04/mni-giveaway-mengimbau-fairytales.html ). Tinggal kat entry lain tidak akan dilayan sama sekali.

Disini, Lavender ingin berkongsi salah 1 entry dalam KLF ( singkatan kepada Koleksi Lagenda Fairytales ) yang PALING Lavender suka iaitu di http://www.munirahizzan.com/2010/12/lagenda-fairytales-honeymoon.html . Pada asasnya, KLF ini adalah kumpulan entry yang terhasil setelah segmen anjuran En. Ben (harap En. Ben sudi taja juga di blog lavender suatu hari nanti). Secara peribadi, Lavender menyukainya kerana ia adalah entry pertama didalam KLF dan disitulah kita akan dapati bermulanya kisah selepas pernikahan Snow White dan Hang Tuah, “Wah 2 budaya yang bertembung dalam 1 cheritera!!”. Budaya Omputih dan Budaya Melayu. Tak sangka, begitu senang Snow White menuruti budaya Melayu dan agama Islam yang mana si isteri perlu mengikut kata – kata si suami, walaupun dalam keadaan mengalah. Ini menunjukkan bahawa siapa pun kita, sebagai isteri memang wajib menuruti cakap suami, kerana pastinya sisuami ada alasan yang kukuh, macam Hang Tuah. Hang Tuah dah tak nak membanyakkan hutang piutang yang sedia ada iaitu hutang sewaktu ingin berkahwin dengan Snow White.

Inilah yang seharusnya orang kita amalkan, iaitu jangan memperbanyakkan hutang sedia ada, nanti malu sekampung dan boleh jatuh muflis. Lihat sahajalah, tajuk Harian Metro “Eksekutif muda bankrap” pada 26/2/2014 ( http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Eksekutifmudabankrap/Article/index_html ) Tak sangka dalam entry yang dicop “hiburan” dan “merapu” , ada terselit nasihat dan pengajaran untuk peminat blog ini. Entry – entry lain tidak kurang hebatnya, tapi kita perlu “Jatuh Cinta” pada awal cerita, barulah minat meluap – luap untuk mengetahui sambungannya. Ye dak?

Kemenangan dalam setiap penyertaan adalah objektif Mini Giveaway ini disertai, namun ianya bergantung kepada pihak “Moon Izzan” dan penganjur. Namun hadiah – hadiah (9 pemenang akan dipilih) yang ditawarkan amat menarik dan berbaloi. Nak tahu, hadiah yang ditawarkan? Hadiahnya adalah Gelang Mutiara x 2 pemenang Butang Baju Melayu x 2 Bracelet comel x 4 Novel x 1 Selamat berjaya kepada semua kawan – kawan a.k.a pesaing penyertaan Mini Giveaway ini

Advertisements