Peminat MILO, Jom Sertai Malaysia Breakfast Day 2014

A

Assalamualaikum dan Salam Dunia Blogger.

Tetiba saja pagi ini nak menyanyi lagu iklan “Minum MILO Anda Jadi Sihat Dan Kuat!” Kenapa tetiba je Lavender nak nyanyi lagu iklan ni? Ini semua sebab perut berkeroncong di awal pagi & sarapan. Seperti yang semua sedia maklum bahawa sarapan adalah MENU yang TERPENTING! Namun, disebabkan kesibukan kerja ataupun kesuntukkan masa terutamanya, tidak semua antara kita ada masa unrtuk bersarapan dengan cara yang betul. Ye la, nak mengejar masa, sambar sahaja apa yang ada disepan mata. Betul tak? Terutama, bagi ibubapa yang bekerjaya dan  tinggal di bandar besar. Terutama siibu yang bekerjaya, bila bangun tidur sahaja, sudah berlambak-lambak tugas nak kena uruskan untuk hari tu. Mana nak pergi kerja awal, nak uruskan anak-anak, nak sediakan sarapan untuk keluarga, nak hantar anak pergi sekolah lagi, urusan itulah, urusan inilah, segala macam bendalah sampaikan sarapan pun tak sempat nak jamah!

https://lavendermummy.files.wordpress.com/2014/04/558dd-milo_2-jpeg.jpg

Tapi bagi saya yang mempunyai 3 peranan utama iaitu seorang wanita berkerjaya, anak  kepada ibubapa yang berusia, pemilihara kepada 9 ekor Sugar Glider serta seekor arnab. 9 ekor Sugar Glider yang sedang membesar dan membiak, memang boleh tahan banyak ragamnya (nak membersih kandang, menyediakan makanan dan minuman) bermakna fokus utama saya untuk memastikan dapat memikul kesemua tugasan pada setiap masa dan ketika. Oleh sebab itu saya sentiasa akan memastikan saya memulakan hari dengan pemakanan yang sesuai dan sudah semestinya sarapan yang sihat berkhasiat dan juga segelas MILO suam bagi memastikan saya mempunyai tenaga yang mencukupi untuk kehidupan seharian yang terlalu sibuk. Begitu juga Ummul tercinta, segelas  MILO panas sebelum pergi ke kuliah agama yang bermula awal pagi sehingga tengahari. Ini bagi memastikan Ummul bertenaga dan mendapat tenaga positif untuk memulakan kuliah agama beliau.

Jadi disini, semua perlu sedar bahawa walau sesibuk mana atau sesuntuk macamana pun, carilah ruang dan masa untuk bersarapan kerana ianya sangat penting untuk kita supaya mendapat tenaga yang mencukupi untuk sehari suntuk. Tetapi, pastikan bahawa memilih sarapan yang bertul dengan mengambil sarapan yang berkhasiat dan bersedialah untuk penularan tenaga positif dalam diri kita :)

https://lavendermummy.files.wordpress.com/2014/04/836d3-milo_3-jpeg.jpg

Bukan itu sahaja, bila tubuh kita bertenaga positif sudah semestinya menjana minda yang positif. Ini secara tak langsung menjadikan kita sentiasa cergas, cerdas dan bermotivasi diri meningkat sebelum melakukan sesuatu kerja, menjadikan kita lebih fokus untuk mencapai target ataupun goal kita. Lagipun dengan bersifat positif akan lebih disenangi oleh kawan-kawan dan orang sekeliling.

Oleh sebab itu, MILO mengajak kita semua bersama-sama to celebrate the most important meal of the day dalam kempen Malaysia Breakfast Day 2014 yang akan berlangsung di Dataran Putrajaya pada 20th April 2014 ini bermula dari seawal jam 7 pagi. Pelbagai aktiviti sihat dan menarik bakal berlangsung. Dimulakan dengan Malaysia Breakfast Day Run, diikuti dengan pelbagai aktiviti yang menarik, persembahan menghiburkan dan bertenaga dan SEMESTINYA segelas MILO sebagai sarapan berkhasiat kita semua :)

Kepada semua yang berminat (terutama peminat MILO), anda dialu-alukan untuk join bersama, terbuka kepada semua lapisan masyarakat, terutamanya Malaysia Breakfast Day Run yang jaraknya sejauh 7km bagi 7km Competitive Run atau sejauh 3km bagi 3km Family Fun Run atau sejauh . Jom daftar secara online di sini. Cepatlah mendaftar, kerana pendaftaran akan tamat pada 13 April 21014, iaitu pada hari Isnin ni!

Kita jumpa di sana ya! Dan jangan lupa bersarapan dengan sarapan yang sihat dan berkhasiat dan tentunya lebih enak dan bertenaga dengan secawan MILO :)

Advertisements